PENYAKIT YANG MENYERANG LEMBU
PENYAKIT LEMBU
PENYAKIT BRUSELOSIS
Tahukah anda ternakan yang bunting boleh mengalami keguguran. Salah satu punca keguguran adalah disebabkan oleh penyakit Bruselosis. Sekiranya ternakan anda mengalami keguguran pada bunting yang lewat iaitu 6 bulan dan ke atas, bruselosis hendaklah disyaki.
Penyakit bruselosis boleh menyebabkan
- Keguguran
- Kematian Anak Dalam Kandungan
- Terlekat Uri
- Penurunan Kadar Kesuburan
- Pengurangan Pengeluaran Susu
Kuman penyakit ini berada didalam rahim semasa bunting serta boleh keluar melalui bandalir rahim, anak yang gugur dan susu. Biasanya jangkitan berlaku melalui makanan serta air yang tercemar dengan kuman tersebut.
Sistem pembiakan lembu jantan juga boleh dijangkiti oleh penyakit ini. Kuman akan menyerang buah zakar dan salurannya serta akan berada dalam mani lembu.
Penyakit ini dapat dikesan melalui gejala keguguran dan disahkan melalui ujian darah.
Penyakit bruselosis telah diwartakan sebagai penyakit kawalan. Semua kejadian keguguran hendaklah dilaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah yang berhampiran.
PENYAKIT HAWAR BERDARAH
Penyakit Hawar Berdarah atau Haemoraghic Septicaemia dengan nama singkatan H.S. sering menyerang ternakan di Negeri Pahang. Kebiasaannya wabak ini akan menyerang ternakan kerbau dan lembu disekitar bulan Februari dan Mac setiap tahun.
Penyakit Hawar Berdarah disebabkan oleh kuman Pasteurella Multocidamenyerang ternakan yang mengalami stress akibat dari perubahan musim dari tengkujuh ke cuaca panas.
Ternakan kerbau lebih mudah dijangkiti H.S berbanding dengan lembu manakala anak lebih terdedah jika dibandingan dengan ternakan yang dewasa. Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi sehingga 80% dikawasan wabak.
Setiap tahun ramai penternak mengalami kerugian akibat kematian ternakan kerbau dan lembu mereka disebabkan oleh wabak ini. Kerugian ini tidak sepatutnya berlaku kerana penyakit ini amat mudah dicegah. Penternak hanya perlu meminta perkhidmatan suntikan vaksin dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Pemvaksinan hendaklah dijalankan sebelum atau sekitar bulan September setiap tahun untuk memberi masa meningkatkan tahap imuniti ternakan untuk menghadapi musim tengkujuh.
Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dan telah ditemui di Malaysia pada tahun 1973. Negeri Pahang telah pernah dijangkit penyakit ini pada tahun 1978. Penyakit ini hanya berlaku kepada semua ternakan yang mempunyai kuku kaki yang terbelah dua (cloven footed) seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, babi dan rusa.
Walaupun penyakit ini tidak mengakibatkan kadar kematian yang tinggi (kurang dari 5%), tetapi ternakan yang dijangkiti akan kehilangan berat badan dan tempang seterusnya menjurus kepada penurunan hasil susu dan daging, serta keguguran.
Penyakit Kuku dan Mulut boleh mengakibatkan kerugian ekonomi. Ketika wabak berlaku semua pergerakan dan penyembelihan ternakan akan ditegah sepenuhnya. Ini akan mengakibatkan kerugian perdagangan ternakan yang besar.
Penyakit Kuku dan Mulut perlu dicegah melalui pemvaksinan dan kawalan pergerakan ternakan dari kawasan yang berpenyakit. Di Malaysia, pemvaksinan dijalankan dinegeri-negeri yang belum bebas dari wabak penyakit ini dan juga di negeri yang berhampiran dengan sempadan Thailand. Bagaimana pun Negeri Pahang telah diistiharkan bebas dari penyakit ini sejak tahun 1985.
TANDA-TANDA PENYAKIT
1. Demam /anoreksia
2. Bengkak gusi/ mulut lidah/ gusi merah kering panas melepuh
3. susah sakit untuk menguyah
4. air liur meleleh
5. versikal (melecur) pada kawasan gusi, lidah, celah kuku dan ambing susu
6. Pincang & rebah
7. Penghasilan susu dan daging menurun
2. Bengkak gusi/ mulut lidah/ gusi merah kering panas melepuh
3. susah sakit untuk menguyah
4. air liur meleleh
5. versikal (melecur) pada kawasan gusi, lidah, celah kuku dan ambing susu
6. Pincang & rebah
7. Penghasilan susu dan daging menurun
PENYAKIT BABESIOSIS
Babesiosis adalah sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh protozoa. Penyakit ini sering berlaku kepada ternakan seperti lembu, bebiri, kuda dan babi. Pada ternakan lembu penyakit ini sering menyerang baka tulin yang diimport atau baka kacukan. Baka tempatan seperti Kedah-Kelantan didapati jarang terkena jangkitannya kerana telah imiun (tahan) kepada penyakit ini.
Sengkenit/ kutu boophilus microplus adalah pembawa kepada penyakit ini. Penyakit ini dipindahkan oleh sengkenit dari satu ternakan kepada ternakan yang lain melalui gigitan.
Pada peringkat yang lebih serius, ia akan menunjukkan tanda-tanda kekuningan (jaundice), kencing berdarah dan akhirnya membawa maut.
Dari segi kepentingan ekonomi, penternak akan mengalami kerugian secara langsung kerana penyakit ini boleh menyebabkan kematian yang tinggi iaitu melebihi 10 %. Selain dari itu, ianya boleh menyebabkan pengurangan hasilan ternakan seperti susu dan daging serta boleh menyebabkan keguguran.
Rawatan yang sesuai untuk penyakit ini ialah dengan menggunakan suntikan imizol. Walau bagaimanapuan, rawatan harus didahului dengan pemeriksaan darah di makmal atau jika ternyata ada gejala yang ditunjukkan dan terdapat banyak sengkenit pada ternakan tersebut. Oleh kerana penyakit ini berkaitan dengan sengkenit maka kawalan sengkenit adalah cara terbaik untuk pencegahannya
TANDA-TANDA PENYAKIT
2. Kadar pernafasan dan denyutan nadi bertambah
3. pergerakkan rumen terhenti
4. Selaput basah pucat, jaundies dan anemia
5. Keguguran
6. Hemoglobinemia dan hemoglobin uria
7. Menjadi agresif (bila protozoa menyerang otak)
HELMINTIASIS
Helmintiasis ataupun kecacingan adalah satu penyakit yang disebabkan oleh endoparasit seperti cacing bulat, pita, kerawit dan sebagainya. Biasanya cacing terdapat didalam sistem penghadaman haiwan ternakan. Penyakit ini berlaku kepada semua haiwan ternakan seperti lembu, bebiri, kambing, ayam dan sebagainya, terutaman dikalangan ternakan muda.
Diantara tanda-tanda penyakit ini ialah pucat (anemia), kurus, adema di bawah dagu, diarea serta keguguran rambut badan dan mati mengejut. Dari segi kepentingan ekonomi, penternak akan mengalami kerugian secara langsung disebabkan oleh kematian dan pengurangan hasilan seperti susu, daging dan pertambahan berat badan yang terbantut.
Faktor iklim negara ini yang sesuai bagi pembiakan cacing menjadikan ia satu penyakit yang biasa berlaku di kalangan ternakan terutama di musim hujan. Walau bagaimanapun ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat cacing. Penggunaan sesuatu ubat yang kerap dan berulang boleh menyebabkan cacing rintang (imun) terhadap ubat tersebut dan menjadikan rawatan tidak berkesan.
Oleh yang demikian, adalah disyorkan rawatan dan kawalan kecacingan dilakukan sebanyak 3 kali sahaja setahun. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan daripada berlakunya rintang tetapi juga dapat menjimatkan kos rawatan. Rawatan pertama dilakukan 3 atau 4 minggu sebelum bermula musim hujan (September) kemudian diulangi pada 21 hari ( 3 minggu ) berikutnya. Rawatan ketiga pula dilakukan pada 21 hari ( 3 minggu ) selepas rawatan kedua.
FASCIOLIASIS/ JANGKITAN CACING FLUK HATI
Fascioliasis atau jangkitan cacing fluk hati biasa berlaku di kalangan ternakan lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Cacing dewasa bentuknya seperti daun, mudah dilihat dan dikenalpasti dengan mata kasar. Ia betelur di duktus hempedu hati dan keluar bersama-sama najis melalui pundi hempedu dan usus. Cacing ini memerlukan siput iaitu Lymnaea sebagai perumah perantara.
Di negara temperat, penyakit ini mempunyai kesan yang lebih ketara kepada ternakan bebiri di mana ia boleh menyebabkan kematian mengejut. Manakala bagi jangkitan yang kronik ia akan menunjukkan tanda anemia (pucat), edema (bengkak) di bawah dagu dan kemungkinan membawa maut. Fasioliasis di dalam ternakan lembu pula tidak menunjukkan apa-apa tanda yang khusus tetapi ia boleh menyebabkan kekurangan atau kerugian dari segi hasilan ternakan seperti daging dan susu.
Walau bagaimanapun, penternak boleh mengetahui status jangkitan Fascioliasis di dalam lembu mereka dengan membuat pemeriksaan najis ternakan secara rawak di Makmal yang berdekatan. Rawatan yang sesuai adalah dengan memberi ubat cacing yang mempunyai kesan terhadap kedua-dua cacing fluk dewasa dan fluk tak matang. Pengawalan biologi bagi siput Lymnaea yang sesuai dan murah disyorkan dengan memelihara itik di dalam kawasan sawah atau paya.
FOOTROT(PENYAKIT BURUK KUKU)
Penyakit Buruk Kuku atau Footrot merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman dikenali sebagai Fusobacterium necophorum. Ia menjangkiti ternakan lembu melalui kerosakan kulit dan tisu lembut pada kuku kaki serta luka disebabkan benda tajam.
Penternak boleh mengenalpasti penyakit ini melalui tanda klinikal seperti tempang, tiada selera makan, demam, kuku menjadi bengkak, merah, berair dan akhirnya kulit menjadi mati (nekrotik). Ia juga boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan segera.
Penyakit ini boleh menyebabkan pengurangan berat badan lembu yang dijangkiti dengan cepat sekali. Oleh yang demikian penternak perlu memberi perhatian yang lebih terhadap tanda penyakit ini. Perebakan penyakit ini adalah melalui cecair yang dikeluarkan dari kuku ternakan yang dijangkiti.
Biasanya rawatan dilakukan dengan membersihkan kawasan yang terlibat dengan menggunakan pencelup kaki yang mengandungi kuprum sulfat 5% satu atau dua kali sehari. Hindarkan juga benda tajam yang boleh mencederakan kaki ternakan di dalam kandang atau kawasan ragutan.
CIRIT-BIRIT (DIARRHEA)
Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan. Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik dan cair, berubah warna serta mempunyai bau yang berlainan. Sekiranya cirit-birit ini berlarutan, ternakan akan kekurangan air dan tenaga dalam badan, lemah dan akhirnya boleh membawa kepada kematian.
Biasanya cirit-birit ini disebabkan oleh jangkitan kuman, virus ataupun parasit, keracunan, pengurusan peralatan atau makanan yang kurang bersih, kekurangan zat serta memakan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan.
Prinsip rawatan adalah dengan memberi rawatan awal cirit-birit, pengesanan agen penyebab melalui pemeriksaan najis, darah, makanan dan lain-lain sampel yang berkaitan serta memusnahkan agen penyebab dengan secepat mungkin. Pengasingan ternakan yang terlibat juga perlu dilakukan untuk mengelakkan penyakit dari merebak.
Penternak boleh mengawal gejala ini dengan mengutamakan kebersihan di dalam pengurusan ternakan. Di samping itu pemberian ubat cacing yang sistematik perlu dilakukan untuk pengawalan jangkitan cacing serta memberi suntikan pelalian yang sesuai untuk pencegahan penyakit-penyakit tertentu yang boleh menyebabkan kejadian cirit-birit.
Is the new GGPoker app in the UK better for the players? - DrMCD
ReplyDeleteGGPoker is one 광명 출장마사지 of the most popular gambling services in 춘천 출장마사지 the online 경상남도 출장샵 gambling industry, 경산 출장마사지 but what about a GGPoker 밀양 출장샵 app?